Matikan setiap inci rasa,
Matikan segala isi dada,
Matikan segenap rasa jiwa.
Matikan. Matikan.
Cerita-cerita yang dicanang,
Bukti-bukti yang terpampang,
Aksi laku yang telah dihidang,
Atas sebab apa lagi mahu terus berjuang?
Jangan terusan jadi malang. Jangan.
Hai hati,
Usah lagi engkau merintih,
Usah lagi engkau menagih,
Pada benda yang tidak pernah sahih.
Kuatkan. Kuatkan.
7 comments:
Hati itu pasti kuat, pasti. :')
Fell : Moga-moga :')
kuat.sekuat harimau.aummm!
hidup tak pernah secantik yang kita mahu . tapi kita kena selalu kuat , tempuh semuanya .
hidup tak pernah secantik yang kita mahu . tapi kita kena selalu kuat , tempuh semuanya .
takda orang lain mampu beri kekuatan.kecuali diri sendiri.
mohon awak kuat
Penjajah Minda : Rawwrrr! Hihihi.
Jaja : Itu pastinya iya, Jaja. Kuat!
Si NgokNgek : Masih coba kuatkan diri. Terima kasih, awak :')
Post a Comment