Pos Laju K'Langit.


Hai Tuhan,
Terangi aku untuk dicari jalan,
Kasihani aku untuk punya harapan.

Tiap kali aku tadah meminta,
Tiap kali aku ludah merasa,
Mahukah Engkau mendengar baitnya bicara?

*****

Akui aku ini insan alpa cuma,
Alpa pada mewahnya dunia,
Yang konon menjanjikan segala,
Sudah benarnya tiada apa.

Hilangnya hormat hilangnya keramat,
Sampai kapan tertanggung begini?

Hai Tuhan,
Lindungi keluargaku,
Baik mahu buruk,
Ampuni aku ampuni mereka.


A'min Ya Rabbal A'lamin.

Kejora Ku Bersatu.

Tebaran bintang malam mengumpamakan
tiap cebis rindu yang t'lah diluah─ diam.

Maka aku khabarkan persatu kelipan 
nyata 'tuk kamu gegas─ hadam.

Dan biar dimensi jarak itu terkial dikirakan
masih juga bintang malam yang sama dikecap─ rakam.

Usainya,
aku 'kan tetap merasa faham.