Jadi Pilihan.

"once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random, things, facts or goal about you. at the end, chose 25 people to be tagged. you have to tagged the person who tagged you. if i tag you, its because i want to know more about you. "

Satu : Empunya badan telah diberi satu nama yang indah iaitu Syaza Aqilah Binti Mohd Fitri.Tetapi malang, perangainya tidak seindah namanya.

Dua : Empunya badan mempunyai obses melampau terhadap Marilyn Monroe.Sangat-sangat obses sehinggakan wallpaper desktop bertukar hari-hari dengan muka beliau sahaja.

Tiga : Empunya badan mempunyai perwatakan yang sangat selekeh di mata orang sekeliling.Jikalau pertama kali terserempak, pasti diingat lelaki.

Empat : Walaupun empunya badan sepertinya perwatakan begitu tetapi hatinya sangat kecil molek persis gadis ayu yang mahukan belaian jiwa.Okay, ini geli.

Lima : Empunya badan mempunyai dua tabiat buruk iaitu tidur berbelas jam lamanya dan pemalas yang teramat.Ini sangat susah untuk diubah.

Enam : Empunya badan pernah terfikir untuk mengubah diri menjadi perempuan cantik untuk dipandang tinggi.Tetapi itu hanya lah impian bodoh.Just be yourself, right?

Tujuh : Empunya badan sudahpun meneruskan pembelajaran in degree of International Finance di Labuan.Tiga tahun untuk meneruskan perjuangan bersama buku-buku tebal.

Lapan : Empunya badan juga mempunyai sifat yang sangat buruk iaitu pemarah.Kalau sifat ini sudah menggeledak keluar, sila berhati-hati dan lari sekencang mungkin.

Sembilan : Empunya badan sangat meminati fesyen mengikut edaran masa kononnya.Dan juga sangat meminati musik.Tanpa musik, hidup sepertinya kelam sahaja.

Sepuluh : Empunya badan mempunyai lebih ramai kawan lelaki dari kawan perempuan.Ini bisa jelaskan kenapa perwatakannya seperti di perkara Tiga.

Sebelas : Empunya badan mempunyai impian yang sangat tinggi.Memperoleh ijazah, mempunyai kerja yang hebat, membalas jasa kedua ibu-bapa dan membeli Mini Cooper kuning hitam dengan cash.

Dua Belas : Empunya badan kepingin untuk menjejak ke United Kingdom (UK) dan Rome bersama pemudanya.Kedua-duanya mempunyai tempat yang sangat romantik dan mengagumkan.

Tiga Belas : Disebabkan perkara Dua Belas, empunya badan sekarang sedang mencari-cari baju UK flag.Siapa yang bisa hadiahkan padanya untuk hari keramat seterusnya?

Empat Belas : Empunya badan mempunyai satu perangai yang tidak disangka.Setia, itu lah dia.Tidak percaya? Jahanam lah kamu semua.

Lima Belas : Empunya badan mengaku dahulu hidupnya bergelumang dengan kisah hitam.Tapi sekarang, ia nya kian beransur menjadi putih.Alhamdullillah

Enam Belas : Empunya badan sering bergaduh dengan ibunya kerana ibunya juga mempunyai sifat seperti di perkara Lapan.Tetapi, sekarang ibarat kawan baik mereka berdua.

Tujuh Belas : Empunya badan mahu menguasai dirinya dalam bidang musik.Seperti bermain guitar, piano, keyboard and drum.Sangat inginkannya tetapi masa sangat mencemburui nya.Cis !

Lapan Belas : Empunya badan secara rasminya menjadi followers setia rancangan Oprah Winfrey Show dan juga Crime Scene Investigation (CSI).

Sembilan Belas : Nombor bertuah empunya badan selama dirinya kembang kuncup bernafas di bumi ini bermula 4 November 1991.

Dua Puluh : Empunya badan senang untuk mengikut pengaruh orang lain.Sangat senang dan ini menyebabkan dirinya tiada pegangan kukuh.Sangat teruk, bukan?

Dua Puluh Satu : Empunya badan merupakan anak sulung daripa empat orang adik-beradik.Sebenarnya, jumlah adik-beradik adalah sebanyak sembilan orang tetapi lima daripadanya telahpun gugur.

Dua Puluh Dua : Empunya badan suka bernyanyi ikut rentak iramanya sendiri walaupun dirinya tahu suaranya tidak semegah mana.

Dua Puluh Tiga : Empunya badan mempunyai hobi baru iaitu membaca tidak kira daripada mana-mana kaedah pun dan meneliti setiap butir-butir perkataan baru.Dan itu satu perubahan baik, bukan?

Dua Puluh Empat : Empunya diri sangat lembik orangnya.Seorang yang sedikit malas untuk bersukan tetapi berjalan untuk merewang itu pasti mahu.

Dua Puluh Lima : Empunya badan mempunyai keluarga dan comrades yang hebat.Pemuda? Masih belum ketemu lagi.

TAGGED : Kepada 25 orang yang membaca entry ini.

p/s : Terima kasih kepada akak cek mek molek kita, Laina Sofia.Penat saya nak memikir tau.Haha

2 comments:

Unknown said...

Lima Belas : Empunya badan mengaku dahulu hidupnya bergelumang dengan kisah hitam.Tapi sekarang, ia nya kian beransur menjadi putih.Alhamdullillah

Nak tahu cerita terkini duhh. Haha

Syaza Shaker said...

Feeqa : Haha cerita terkini aku semakin matang.Seryes ! Hahaha