For You.

"Jangan terlalu memberi dan jangan terlalu menerima." - AK

Kata-kata yang dipetik dari konco aku. Ya, aku akui ia benar. Kerna dengan definisi "terlalu" ini lah yang akan menyebabkan kita terlalu sakit nanti. 

Kehadiran seseorang stranger itu menyebabkan kita mati akal. Tertanya-tanya samada kehadiran ini memang sesuatu yang benar atau auta semata. Sehinggakan, kadang-kadang aku mahu bikin roadblock agar stranger itu tidak dapat melepasi jalan aku.

Tetapi, kali ini stranger itu hadir dengan sekuntum mawar. Mungkin berduri di batangnya, tapi tetap menarik hati di kelopaknya.

I'm glad to met you. Indahnya hari apabila terasa diri disayangi.

4 comments:

longLostFren said...

indah kata bak sang pujangga
hati terasa biar berpada
molek dihitung akal budinya
kelak aman sentiasa bahagia

:)

have a nice day buddy... :)

:)

jhnrdzi said...

Wallahi. Tiada apa-apa rasa yang lebih indah daripada rasanya kita ini indah kepada orang lain.

Pan. said...

aku setuju. tidak terlalu memberi atau terlalu menerima :)

Syaza Shaker said...

Long Lost Friend : Rasanya aku kenal siapa dikau. Moga pesanan ini ikhlas, tiada maksud lain. Terima kasih and have a nice day too, bud ;)

Jhnrdzi : Ya, cukup untuk terukir satu senyuman.

Syf Serabai : Benar bukan? :)