Serikandi Hati.

Berhempas-pulas untuk mendapatkan aku,
Bebelan setiap detik untuk mengingatkan aku,
Memerah keringat untuk kesenangan aku,
Ya ini permaisuri aku.

Sebanyak mana cela aku, tidak pernah sekalipun dikurangkan kasih. Sebanyak mana aku meminta-minta, tidak pernah sekalipun dirungutkan hati. Dan sebanyak mana beda antara dia dan yang lain, tidak pernah sekalipun disesalkan aku untuk punya dia; permaisuri aku.

Kata ini tidak pernah akan tercukup. Terlalu indah dari segala gambar di kotak minda. Selamat Ulang Tahun, Ibu. Doaku, kasihku, rinduku; aku selitkan dalam bicara untukmu.

p/s : Itu aku versi budak sekolah. Harap maklum.

4 comments:

ana said...

harap ibu sediakan kunci surga untuk kita ..:)

perempuanmahal said...

ibu,sentiasa dihati

Encik H said...

superb..alamak..kena masukkan verification code ke?

utk makluman, verification code aku ialah doxibe sibiht

Syaza Shaker said...

Ana : Aku berdoa untuk itu juga. Ameen :}

Perempuan Mahal : Sentiasa dan sentiasa.

Encik H : Eh kena ke? Tak tahu pulak saya. Okay okay thanks for the code and comment as well :}