Apa ini bala?
Memanipulasi tiap kondisi bertali-tali,
Merobah drastik personaliti secara seli,
Hanya kerna si sang degupan hati.
Apa ini malapetaka?
Walau watak utama diremuk─redam,
Walau selambak sentimen direjam─kejam,
Masih si sang degupan hati yang pengen aku kemam.
Apa ini bencana?
Bilamana sudah lengkap jasad kita bersatu,
Bilamana sinar bayang kamu kian ditelan edaran waktu,
Terus cuma si sang degupan hati yang dimahu-mahu.
Sang degupan hati, tiada ganti.
2 comments:
kurap.sedap digaru.walau pedih.
Penjajah Minda : Mana nak hilang pedih kalau dok garu-garu tak habis. Kan abang?
Post a Comment