Mélankolia.

Apa ini bala?
Memanipulasi tiap kondisi bertali-tali,
Merobah drastik personaliti secara seli,
Hanya kerna si sang degupan hati.

Apa ini malapetaka?
Walau watak utama diremukredam,
Walau selambak sentimen direjamkejam,
Masih si sang degupan hati yang pengen aku kemam.

Apa ini bencana?
Bilamana sudah lengkap jasad kita bersatu,
Bilamana sinar bayang kamu kian ditelan edaran waktu,
Terus cuma si sang degupan hati yang dimahu-mahu.



Sang degupan hati, tiada ganti.

2 comments:

penjajah minda said...

kurap.sedap digaru.walau pedih.

Syaza Shaker said...

Penjajah Minda : Mana nak hilang pedih kalau dok garu-garu tak habis. Kan abang?