Genus Rosa.

Bunga Mawar,
Mungkin engkau terlalu berduri,
Hinggakan duri-duri di sekelilingmu melukaiku,
Hinggakan batang tajammu menggurisku.

Bunga Mawar,
Tapi tidak terlalu aku peduli dengan duri-durimu,
Mahupun batang tajammu,
Kerna lebih aku tertarik dengan kelopakmu.

Bunga Mawar,
Sesakit yang telah aku pendam,
Sepedih yang telah aku rasa,
Degil aku untuk terus memegangmu.

Bunga Mawar,
Jangan engkau terus sakiti aku,
Tapi mekarkan lah kelopakmu,
Untuk aku.

Rumit untuk aku muntahkan segala bicara. Puas hati dipujuk. Tetap tegar hati. Misal kata, separuh dari engkau harus engkau buangkan, mampu kah?  Bisa kah? 

Time will heals everything. But for me, time never enough. Depends on myself to heal it. But still... it's fucking hard to cure.

Hati ini tak mahu mati untuk kamu. Sungguh. 

8 comments:

Anonymous said...

Cari bunga kemboja pulak lepas ni ye sayang.

Syaza Shaker said...

Anon : Tetap masih mahukan Bunga Mawar. Siapa ya ini? Berahsia pulak.

frdausyhya said...

kemboja. Itu bau kuburan. Seram. Tapi lagi seram batang tajam. Kalau tangan tu bisa tahan pada duri. Mengapa tidak batang tajam. Emm. Emm.

Syaza Shaker said...

Budu : Mungkin maksud Bunga Kemboja yang anon beri tuu; cinta sampai ke mati. Eh iya ke begitu? Kihkih. Itu aku bilang. Degil. Degil dengan mahu sendiri.

Anonymous said...

Bunga kemboja tu lebih indah, tahan lama. Tak mcm bunga mawar, cepat layunya. Just throw away bunga mawar.

Syaza Shaker said...

Anon : Semua bunga sama sahaja. Layu bila tiba masanya. Jika kita pandai menjaga, mungkin dia akan lebih indah lebih tahan lama dari Bunga Kemboja. Not just simply as that to throw it away, my dear.

Anonymous said...

Degil kepala batu. Suka hati kau la.

Syaza Shaker said...

Anon : Sudah aku agak anon ini siapa. Dasar pala'u.