Layakkah Aku?

"Aku tak layak kasi nasihat." 
"Sebabnya, aku bukan baik pun."

Kenapa kita perlu ada mentaliti begini? Dalam golongan apa baru kita layak untuk menegur? Tunggu semua sekali punya gelung di kepala dan diiktiraf Malaikat baru punya kelayakan untuk beri nasihat? Begitu kah? 

So not. 

Kita tiada lebih, tiada kurang. Sama rata saja semuanya. Cuma amalan yang membezakan kita di level mana. 

Jadi tegur saja jika ada khilaf. Dengan cara yang terpaling baik. Jangan coba menegur dengan cara mengaibkan. Nanti dijotos kepala, tak ke sia-sia.

Dan, satu lagi. Lebih baik jangan menegur kalau kau pun berulang kali bikin silap yang sama. Atau tidak, orang akan pertikaikan segala teguran kau. 

Dengan menegur orang lain secara tak langsung mengingatkan diri kita sendiri, sebenarnya. Isn't that good?

2 comments:

Fel said...

Kalau terima teguran, jangan makan dalam. Hati biar ikhlas menerimanya. :)

Syaza Shaker said...

Fel : Supaya kita sedar akan kesilapan kita :-)