Meditasi.

Hati yang kamu pinjam dulu,
Tidak lagi mahu pulang ke aku.


Ujar dia;
"Dulu angkuh kamu berikan, kini gampang kamu biarkan?"



Aku terkedu.
Aku termangu.
Aku buntu.
Masih aku ingat kata azimat itu.

Lalu, aku biarkan saja ia di situ.



Maka aku,
Berlohong tuk menunggu.
Barangkali kembali ke orang dulu,
Atau menanti ketibaan orang baru.

Mengutip semula hati yang terabai layu.

3 comments:

anak kacukan darat dan laut said...

{
Hati juga ibarat labu, sekali diukir, mana mungkin sama seperti dahulu...
Moga kamu berani menyemai benih yang baru, tidak mustahil, ada magis yang lebih indah buatmu di kemudian waktu.......
}

Felly Sophia said...

Kenapa ni? :(

Syaza Shaker said...

ANDDL : Chill bah bro. It just a poem. Nothing more than that. Eheks.

Anyway, thanks for the concern!


Felly Sophia : Tak ada apa pun, awak. Saja bikin puisi cinta yang sepi. Ekekeke. Jangan risau ya, peneman setia :-)