PER-MUR-KAS.

Perempuan itu, Gadis.

Jaka mahukan Gadis itu. Mahu-semahunya tanpa selidik hati tentang apa sebetulnya rasa. Adakah kerna cinta? Ataupun kerna nafsu liar semata? Jaka coba mendekati Gadis tanpa Gadis tahu akan niatnya. Kini, hati Gadis sepenuhnya pada Jaka. Jaka senyum, Jaka bilang Jaka janji akan jaga sebaik-baiknya. Gadis percaya.

Hari makin hari, Gadis murahkan cintanya pada Jaka. Dengan total; infiniti. Gadis murahkan segenap rindu pada Jaka. Tika masing-masing berjauhan diri. Gadis murahkan setiap dari air mata jujur pada Jaka. Sewaktu saling berantakan. Senang cerita, Gadis murahkan segalanya hanya untuk Jaka.

Tapi, Jaka tak merasa itu semua. Jaka simpan hatinya untuk orang lain. Tanpa Gadis tahu-menahu apapun. Jaka tipu dirinya, tipu Gadis dan tipu orang lain. Gadis kecewa amat. Gadis marah amat. Gadis sedih amat. Sehinggakan Gadis tak mampu melihatkan hatinya yang disiat halus, dirobek kejam, dipijak lunyai.

Gadis tak mampu. Sungguh tak mampu. Maka, Gadis pun mati bersama rasa yang abadi.


Dan inilah kisah; perempuan murahan yang kasihan.

4 comments:

Felly Sophia said...

Cinta boleh buat kita jadi bodoh.
Itu hakikatnya.

Tak apa, Gadis. Saya tahu Gadis akan ketemu bahagia satu hari nanti. :')

dochi said...

moga satu hari Gadis juga akan ketemu orang lain -nya sendiri dan berbahagia :)

ct.amanda :) said...

Sabar ja :')

I don't know what to say anymore selain SABAR. :)

Think about yourself. Love you.

Syaza Shaker said...

Fell : Ya, Gadis akan ketemu juga satu hari nanti :')


Dochi : Ameen. Harap-harap :')


Manda : I am, Manda. Always be. And, I love you :')